InstaForex

BAB 3.2: Jenis-Jenis Market



Terdapat 2 jenis market iaitu Bullish & Bearish.

Bullish:
  • Bullish, Buy, Long dan Uptrend bermaksud market sedang menaik.
  • Trader inginkan harga naik lebih tinggi.
  • Dalam market bullish, trader akan beli dahulu pada harga rendah (buy low first) dan jual kemudian pada harga tinggi (sell high later) untuk mendapatkan untung.
  • Pergerakan market adalah menaik atau dipanggil rallying.
  • Position anda untuk market bullish ialah BUY/BELI.
  • Gambar diatas menunjukkan graf EUR/JPY. Pada point A, trader buy EUR/JPY pada harga 147.83. Kemudian harga naik sehingga point B, dan trader sell EUR/JPY pada harga 148.61. Disini trader mendapat untung 78 pip. Pada point C, trader buy EUR/JPY pada harga 148.44 dan sell pada point D, iaitu pada harga 149.25. Disini trader untung 81 pip.
Bearish:
  • Bearish, Sell, Short dan Downtrend bermaksud market sedang menurun.
  • Trader ingin harga turun lebih rendah.
  • Dalam market bearish, trader akan jual dahulu pada harga tinggi (sell high first) dan beli kemudian pada harga rendah (buy low later) untuk mendapatkan untung. Konsep tetap sama, buy low dan sell high, cuma turutannya berbeza.
  • Pergerakan market adalah menurun atau dipanggil dipping.
  • Position anda untuk market bearish ialah SELL/JUAL
  • Gambar diatas menunjukkan graf GBP/USD. Pada point A, trader sell GBP/USD pada harga 1.9005. Kemudian harga turun sehingga point B, dan trader buy GBP/USD pada harga 1.8945. Disini trader mendapat untung 60 pip. Pada point C, trader sell GBP/USD pada harga 1.8897 dan buy pada point D, iaitu pada harga 1.8799. Disini trader untung 98 pip.
  • Konsep bearish ialah jual dahulu dan beli kemudian.Tetapi anda mungkin akan menganggap kita seolah-olah seperti menjual barang yang kita tiada. Konsep ini tidak sama dengan menjual barang dan tidak bermaksud menjual barang yang tiada. Konsep ini akan diterangkan kemudian.

p/s: anda hanya boleh melakukan 2 perkara sahaja iaitu buy atau sell. Anda perlu mengenal pasti sama ada market sedang bullish atau bearish. Jika market bullish, anda akan masuk position BUY dan jika market bearish, anda akan masuk position SELL.

--------------------------

Bab 1: Pengenalan

Bab 2: Kenali Broker

Bab 3: Kenali Pasaran Forex


Bab AkhirKesimpulan
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment