InstaForex

BAB 4.3: Buy Stop, Sell Stop, Buy Limit dan Sell Limit


Keempat-empat jenis oder ini adalah kategori Pending Oder/PO. Apabila pasaran menyentuh PO yang telah anda set barulah oder tersebut akan diaktifkan 

Fungsi setiap PO:

Buy Stop: Anda jangkakan pasaran akan bergerak keatas, maka anda set PO BUY anda disebelah atas dari price semasa. Apabila pasaran bergerak keatas dan menyentuh PO tersebut maka oder BUY anda akan diaktifkan secara automatik.

Sell Stop: Anda jangkakan pasaran akan bergerak kebawah, maka anda set PO SELL anda disebelah bawah dari price semasa. Apabila pasaran bergerak kebawah dan menyentuh PO tersebut maka oder SELL anda akan diaktifkan secara automatik.

Buy Limit: Pasaran sedang turun dan anda jangkakan pasaran akan bergerak menaik semula pada price tertentu. Maka anda membuat PO Buy Limit dibawah price semasa. Apabila pasaran menurun dan menyentuh PO tersebut maka oder BUY anda akan diaktifkan.

Sell Limit: Pasaran sedang menaik dan anda jangkakan pasaran akan bergerak menurun semula pada price tertentu. Maka anda membuat PO Sell Limit diatas price semasa. Apabila pasaran menaik dan menyentuh PO tersebut maka oder SELL anda akan diaktifkan.



Cara setting PO:

Klik pada 'new oder' di mt4. Kemudian klik pada 'type' seperti gambar yang pertama dan pilih 'Pending Oder'.

Kemudian akan muncul screen seperti gambar kedua dan anda boleh pilih PO yang anda kehendaki. Setelah setting price sila klik 'Place' untuk memasukkan PO anda pada chart.

--------------------------

Bab 1: Pengenalan

Bab 2: Kenali Broker

Bab 3: Kenali Pasaran Forex



Bab AkhirKesimpulan
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment