InstaForex

BAB 5.2: Analisa RSI

Relative Strength Index (RSI)
  • Indicator RSI adalah salah satu cara terbaik untuk anda trade secara manual disamping trade menggunakan EA. Indicator ini telah disediakan pada trading terminal anda. Anda hanya perlu sedikit setting dan aktifkannya.
  • Untuk mengaktifkannya sila klik insert > indicators > custom > RSI.
  • Setelah muncul seperti gambar diatas, klik pada levels. Kemudian klik pada "add" dan masukkan angka berikut 10, 20, 30, 50, 70, 80 dan 90 (setiap satu nombor diselangi dengan klik "add"). Setelah siap klik ok dan indikator tersebut akan muncul pada bahagian bawah trading terminal anda seperti gambar dibawah.
  • Anda hanya boleh masuk 1 post sahaja pada setiap level dan nilai lot pertama yang sesuai digunakan adalah 1/1000 dari modal anda. Contoh jika modal anda adalah USD500 maka nilai lot pertama anda adalah 0.50. Untuk nilai lot kedua dan ketiga anda boleh menaikkan sedikit demi sedikit nilai lot anda.
  • Anda boleh oder buy pada level 30, 20, 10 dan oder sell pada level 70, 80, 90. Contohnya jika anda oder buy pada level 30 dan pasaran masih lagi turun, maka oder buy seterusnya adalah pada level 20 dan 10 (flowting). Begitu juga dengan sell. Ini bermakna oder maksimum anda dalam satu masa adalah 3 post sahaja. Anda hanya perlu menunggu sehingga pasaran kembali hingga level menguntungkan dan closed oder segera.
  • Trading cara ini hanya boleh untuk 1 arah sahaja. Jika anda oder buy maka anda perlu tunggu hingga take profit barulah anda boleh oder sell pula. Begitu juga sebaliknya. Take profit terpulang kepada anda. Asalkan jumlah keseluruhan oder (sebelah kanan bawah) mula menunjukkan keuntungan sudah memadai.
--------------------------

Bab 1: Pengenalan

Bab 2: Kenali Broker

Bab 3: Kenali Pasaran Forex


Bab AkhirKesimpulan
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment