InstaForex

BAB 1.1: Apakah Forex?


Forex bermaksud tukaran matawang asing iaitu apabila kita menukar sesuatu matawang kepada matawang yang lain. Perkataan FOREX adalah singkatan dari perkataan Foreign Exchange. Forex adalah salah sebuah pasaran kewangan termuda dan telah mendapat tempat sejak 1970 an.

Anggaran urusniaga Forex seluruh dunia mencapai 4 trilion USD sehari. Disebabkan, itu jika anda mampu membuat keuntungan RM 1 juta seharipun tidak akan memberi kesan sedikitpun terhadap pasaran.

Bagaimana urusniaga Forex berlaku sehingga menjana keuntungan?

Okey, mari saya terangkan secara mudah. Contoh, hari ini anda pergi ke Money Changer untuk membeli matawang dollar sebanyak USD50. Katakanlah pada ketika itu USD1 bersamaan RM4, maka anda perlu membayar sebanyak RM200 untuk mendapatkan USD50 dan anda simpan dollar tersebut.

Sebulan kemudian anda pergi ke Money Changer untuk menjual semula USD50 tersebut. Katakanlah pada ketika itu USD1 bersamaan RM4.50, maka anda akan mendapat sebanyak RM225 iaitu dengan keuntungan sebanyak RM25! Ini lah yang dikatakan urusniaga Forex Trading.


Bezanya urusniaga didalam contoh tersebut dilakukan secara offline sedangkan forex trading yang bakal anda ceburi ini adalah secara online. Anda hanya perlukan komputer dan internet sahaja untuk memulakannya. Pasaran forex ini dibuka sebanyak 24 jam sehari dan 5 hari seminggu. Bermula dari pukul 5 pagi hari Isnin dan berakhir pada pukul 5 pagi hari Sabtu.

Untuk memulakan urusniaga Forex, anda perlu menggunakan sevis yang disediakan oleh pihak broker forex. Terdapat banyak broker forex didunia yang menawarkan servis ini dan broker terbaik semestinya InstaForex.

--------------------------

Bab 1: Pengenalan

Bab 2: Kenali Broker

Bab 3: Kenali Pasaran Forex


Bab AkhirKesimpulan
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment