InstaForex

BAB 5.3: Analisa Fibonacci

Fibonacci Retracement (FR) terdiri daripada retracement level dan extension level.

Retracement level terdiri daripada level 0.0 hingga level 100.0. Level ini digunakan untuk melihat sejauh mana price akan retrace.

Extension level terdiri daripada level yang nilainya lebih daripada 100.0. Level ini digunakan untuk melihat sejauh mana pergerakan price yang mengikut arah trend.

Setiap level FR boleh dijadikan sebagai profit target, support dan resistance.

Retracement dan Projection (Uptrend)
  • Dalam keadaan uptrend, price bergerak secara menaik. Apabila price menaik (mengikut arah trend) ia dipanggil projection.
  • Apabila price turun (melawan arah trend) ia dipanggil retracement.

Contoh FR (Uptrend)
  • Dalam Keadaan uptrend, FR dilukis supaya level extension berada disebelah atas. Ini dapat memudahkan kita melihat level-level diatas yang boleh kita jadikan profit target.
  • Dalam rajah diatas, price retrace pada level 50.0 dan kemudian price project sehingga level 150.0.
  • Cara yang disarankan ialah, anda enter position BUY di bawah level 100.0 dan anda jadikan mana-mana extension level diatas level 100.0 sebagai profit target anda.

Contoh FR (Downtrend)
  • Dalam keadaan downtrend, FR dilukis supaya level extension berada disebelah bawah. Ini dapat memudahkan kita level-level dibawah yang kita jadikan sebagai profit target.
  • Dalam rajah diatas price retrace pada level 61.8 dan kemudian price project sehinga level 150.0.
  • Cara yang disarankan ialah anda enter position SELL diatas level 100.0 dan anda jadikan mana-mana extension dibawah level 100.0 sebagai profit target anda.
--------------------------

Bab 1: Pengenalan

Bab 2: Kenali Broker

Bab 3: Kenali Pasaran Forex

Bab AkhirKesimpulan
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment